MONTAJ KEMERDEKAAN
TANGGAL 31 Ogos 2021 menandakan sambutan Hari Kemerdekaan kedua buat rakyat negara ini dalam suasana pandemik Covid-19. "Pada sambutan ke-64 kemerdekaan tanah air kita ini, marilah kita membulat tekad untuk memulihkan negara. Cabaran yang sedang kita hadapi hari ini belum pernah ditempuhi sebarang pemimpin dan kerajaan sebelum ini. “Kini kita berdepan dengan beberapa cabaran serentak iaitu wabak penyakit dan kegawatan ekonomi yang menggugat kestabilan politik negara serta di seluruh dunia". Rakyat perlu mewarisi semangat kebersamaan ditunjukkan oleh tokoh-tokoh negara yang berjasa dalam pembentukan Malaysia satu ketika dahulu.
Di sekolah saya, sambutan pelancaran sempena bulan kebangsaan diadakan secara maya di dalam Live YouTube. Selain itu, pelbagai pertandingan dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama pusat sumber smk sungai besar. Antaranya adalah pertandingan melukis poster, menghasilkan blog kreatif, kuiz e-merdeka, e-teka silang kata dan banyak - banyak lagi. Walaupun kita tidak dapat menyambut kemerdekaan tahun ini secara besar - besaran tetapi sebagai seorang warganegara kita perlu menunjukan semangat patriotisme terhadap negara kita dengan menaikan Jalur Gemilang di halaman rumah kita. Saya berharap sangat tahun depan kita dapat mennyambut kemerdekaan secara besar - besaran dan kita dapat bebas daripada wabak covid-19.
# StaySave
#StayAtHome
Comments
Post a Comment